Magdalena Andersson
Magdalena Andersson

Magdalena Andersson

Eva Magdalena Andersson (sebutan Sweden: [eːva maɡdalena andɛʂɔn]) (lahir 23 Januari 1967) merupakan ahli politik dan ekonomi Sweden yang turut merupakan pemimpin Parti Demokrasi Sosial Sweden sejak 4 November 2021.[1]Pada 24 November 2021, Riksdag melantiknya sebagai Perdana Menteri Sweden.[2] Beliau sepatutnya memegang jawatan pada 26 November 2021.[3] Namun, kejatuhan parti campurannya dengan Parti Hijau yang berlaku selepas Riksdag menerima cadangan belanjawan pembangkang dan bukan cadangan bajet daripada parti campurannya. Hal ini telah menyebabkan Andersson meletak jawatan beberapa jam selepas pemilihannya sebagai perdana menteri.[4] Beliau kemudiannya mengumumkan bahawa beliau akan mendapatkan keyakinan Riksdag untuk membentuk kerajaan parti tunggal.[5] Undian baharu telah dijadualkan pada 29 November 2021.[6]Sekiranya Andersson dilantik sebagai perdana menteri oleh Riksdag, beliau akan menjadi Perdana Menteri wanita Sweden yang pertama, dan pada masa yang sama menamatkan status Sweden sebagai satu-satunya negara Nordik yang tidak pernah mempunyai ketua kerajaan wanita.[7][5]

Rujukan

WikiPedia: Magdalena Andersson http://www.ebrd.com/shareholders-and-board-of-gove... http://www.eib.org/about/governance-and-structure/... http://siteresources.worldbank.org/BODINT/Resource... http://siteresources.worldbank.org/BODINT/Resource... http://www.civilekonomen.se/motet/jag-tycker-om-at... http://www.dn.se/valet-2014/hon-vill-vara-bast-i-k... http://www.expressen.se/gt/ett-komplement-till-en-... https://www.bbc.com/news/world-europe-59400539 https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-09-29... https://california18.com/magdalena-andersson-hidde...